Assalammualaikum,
Untuk makluman semua, mak saya kena stroke dan sekarang tinggal dengan saya. Time PKP ni memang masalah untuk rentas negeri tapi berbekalkan surat doktor maka dapatlah saya membawa mak saya ke sini. Lebih mudah nak uruskan dan senang saya jaga.
Untuk stroke saya tengok banyak jenis. Bagi mak saya dia kena yang sebelah kiri dimana badan sebelah kiri lemah dan tidak kuat. Belah kiri ni kira mulut herot sikit, kaki tangan sebelah kiri jadi sangat lemah dan sebabkan die susah nak bangun.
Syukur tak kena teruk tapi dia semangat kuat nak jalan semula.
Antara perkara kita orang buat bawa dia berurut. Hari-hari berurut bagi minggu pertama tu. Siap buat bekam untuk sekali. Nampak bolehlah bangun walau berpapah tapi memang tak kuat.
Antara kesilapan awal kitorang kira masa mak kena stroke abang bawa ke klinik swasta biasa kat kampung. Doktor tu ingat orang tua biasa kebas-kebas, dia bagi ubat kebas dan ubat tahan sakit. Time tu mana la abang tahu mak kena stroke. Lagipun dia tak pernah sakit.
Selang beberapa hari saya dapat tahu dan paksa abang bawa mak ke klinik kerajaan dan doktor sahkan kena stroke.
Saya apalagi bergegaslah balik ke kampung ambil mak lepas dapat surat daripada balai polis untuk rentas negeri.
Ambil terus di Melaka dan bawa terus ke Hospital Putrajaya. Nasib baik tak kena tahan. Sekarang waktu covid ni kalau kena warded memang waris tak boleh datang melawat. Susah kan kalau macam tu. Kita pun susah hati. Eloklah kalau kita jaga kat rumah kan.
Bolehlah kita mandikan dia jaga dia, bagi dia makan. Syukur ya Allah atas pemberian dapatla saya menjaga mak setelah dia membesarkan saya selama ni. Merasa la saya nikmat keseronokan menjaga mak yang menjaga saya masa sakit, sekolah, sampailah saya dah bekerja dan berumah tangga sekarang.
Tak langsung rasa penat mahupun beban. Mudah nak uruskan mak. Allah bagi apa yang kita mampu dan setiap dugaan tu Allah dah susun dengan cukup baik. Terpulang pada kita sahaja macam mana kita menghadapi semua dugaan ni.
Buat orang yang di luar sana, jagalah mak anda dengan sebaiknya. Jika ada peluang jaga tu jagalah. Allah pasti akan balas dengan 1000 kebaikan. Yakin dan percayalah!

Comments
Post a Comment